PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
=> Peruntukan Perlembagaan Persekutuan
- Kewarganegaraan
- hak asasi warganegara
- bahasa Melayu
- agama Islam
- kedudukan istimewa orang Melayu
- kedudukan istimewa Bumiputera Sabah & Sarawak
1. KEWARGANEGARAAN
=> Jenis-jenis Kewarganegaraan
- kuat kuasa undang-undang
- pendaftaran isteri dan anak warganegara
- naturalisasi
- penggabungan wilayah
=> Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang
- lahir di Malaysia < Hari Malaysia
- lahir di Malaysia > Hari Malaysia
- ibu bapa lahir di Malaysia/pemastautin tetap
- bapanya bekerja dengan kerajaan Malaysia di luar negara dan kelahiraannya di daftarkan dengann Pejabat Konsul Persekutuan atau didaftarkan
dengan kerajaan Malaysia jika lahir di Sabah,Sarawak,Singapura dan Brunei dalam tempoh 1 tahun
=> Kewarganegaraan Secara Pendaftaran
- ibu atau bapanya warganegara Malaysia,dia berumur < 21 tahun didaftarkan jadi warganegara
- suaminya warganegara Malaysia, jika isterinya ingin jadi warganegara Malaysia, dia mesti bermastaututin di Malaysia selama 2 tahun,kelakuan
baik,masih berkahwin,perkahwinannya didaftarkan di Malaysia
- individu yang berumur 18 tahun atau lebih yang lahir di Malaysia sebelum Hari Merdeka,jika ingin jadi warganegara Malaysia mesti berpengetahuan dalam Bahasa Melayu,kelakuan baik,ingin tinggal tetap di Malaysia
=> Kewarganegaraan Secara Naturalisasi/Masukan
- untuk warganegara asing yang ingin jadi warganegara Malaysia mesti berumur > 21 tahun, telah tinggal tetap di Malaysia selama 10 tahun,kelakuan baik,tahu berbahasa Melayu
=> Kewarganegaraan Secara Percantuman Wilayah
- mereka yang jadi warganegara Malaysia cara begini ialah penduduk Sabah,penduduk Sarawak,penduduk Singapura,penduduk United Kingdom dan tanah
jajahannya serta pemastautin tetap di Sabah dan Sarawak
=> Cara-Cara Penamatan Kewarganegaraan
- secara sukarela
- secara paksa
=> Penamatan Kewarganegaraan Cara Sukarela
- umurnya > 21 tahun
- waras fikirannya
- tidak mahu jadi warganegara Malaysia
=> Penamatan Kewarganegaraan Cara Paksa
- ada kerakyatan negara lain
- untuk warganegara cara masukan dan pendaftaran shj
- tidak setia kepada negara Malaysia
- derhaka kepada Malaysia ketika peperangan
- derhaka ketika berniaga
- menjalankan aktiviti dengan musuh Malaysia
- dipenjara > 12 bulan
- didenda >RM5000
- tinggal di negara lain > 5 tahun secara berterusan
- tinggal di negara asing tetapi mendaftar dengan Pejabat konsulat Persekutuan
2.HAK ASASI WARGANEGARA MALAYSIA
=> Hak Asasi Warganegara Malaysia
- Dia tidak boleh dibunuh kecuali menurut undang-undang
- Dia tidak boleh ditahan polis > 24 jam jika tiada perintah tahanan daripada majistret/pegawai daerah
- Dia perlu diberitahu sebab-sebab dia ditangkap oleh pihak berkuasa
- Jika dia ditangkap, dia berhak dibela oleh peguam
- Dia tidak boleh dijadikan hamba abdi
- Dia boleh diberi kerja paksa mengikut undang-undang
- Dia berhak mendapat perlindungan undang-undang
- Jika dia dibebaskan,dia tidak boleh didakwa atas kesalahan yang sama
- Dia berhak memohon harbeas corpus jika dia ditahan secara tidak sah
- Dia berhak menikmati kesamarataan
- Dia tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, keturunan, tempat lahir atau jantina
- Dia bebas bergerak di mana-mana bahagian Malaysia
- Dia berhak bermastautin di mana-mana bahagian Malaysia
- Dia bebas bercakap
- Dia bebas berhimpun secara aman
- Dia bebas menubuhkan persatuan
- Dia bebas beragama
- Dia bebas memiliki harta
=> Sekatan-Sekatan Terhadap Kebebasan Hak Asasi
- Kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum sesiapa yang mengancam keselamatan negara (undang-undang subversif)
- Kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh sesiapa yang mengingkari undang-undang darurat tanpa
perbicaraan (Undang-undang Darurat)
- Para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik (Akta Universiti dan Kolej Universiti)
- Tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan(Akta Rahsia Rasmi)
- Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk membangkitkan isu-isu sensitive yang boleh mengancam keselamatan negara (Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan)
- Rakyat dilarang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif, iaitu hak istimewa orang Melayu,bahasa,kuasa raja dan kewarganegaraan
- Berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak (Hak Istimewa Sabah dan Sarawak)
3.BAHASA MELAYU
=> Bahasa Melayu
- Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara tetapi bahasa lain bebas digunakan
4.AGAMA ISLAM
=>
Agama Islam
- Agama Islam ialah agama persekutuan/agama rasmi tetapi agama lain juga bebas diamalkan
5.KEDUDUKAN ISTIMEWA
=> Kedudukan Istimewa Orang Melayu
- Hak istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan awam,biasiswa,permit,kuota,ekonomi dan pendidikan adalah di bawah YDPA tetapi kaum bukan Melayu
mendapat perlindungan sewajarnya
=> Kedudukan Istimewa Bumiputera Sabah,Sarawak
- Hak istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan awam,biasiswa,permit,kuota,ekonomi dan pendidikan adalah di bawah YDPA tetapi kaum bukan Melayu
mendapat perlindungan sewajarnya