song

snow effect

Saturday, December 13, 2014

PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 

 => Peruntukan Perlembagaan Persekutuan 
- Kewarganegaraan 
- hak asasi warganegara 
- bahasa Melayu 
- agama Islam 
- kedudukan istimewa orang Melayu 
- kedudukan istimewa Bumiputera Sabah & Sarawak 


 1. KEWARGANEGARAAN 
=> Jenis-jenis Kewarganegaraan - kuat kuasa undang-undang - pendaftaran isteri dan anak warganegara - naturalisasi - penggabungan wilayah

=> Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang 
- lahir di Malaysia < Hari Malaysia 
- lahir di Malaysia > Hari Malaysia 
- ibu bapa lahir di Malaysia/pemastautin tetap 
- bapanya bekerja dengan kerajaan Malaysia di luar negara dan kelahiraannya di daftarkan dengann Pejabat Konsul Persekutuan atau didaftarkan dengan kerajaan Malaysia jika lahir di Sabah,Sarawak,Singapura dan Brunei dalam tempoh 1 tahun 


 => Kewarganegaraan Secara Pendaftaran 
- ibu atau bapanya warganegara Malaysia,dia berumur < 21 tahun didaftarkan jadi warganegara 
- suaminya warganegara Malaysia, jika isterinya ingin jadi warganegara Malaysia, dia mesti bermastaututin di Malaysia selama 2 tahun,kelakuan baik,masih berkahwin,perkahwinannya didaftarkan di Malaysia 
- individu yang berumur 18 tahun atau lebih yang lahir di Malaysia sebelum Hari Merdeka,jika ingin jadi warganegara Malaysia mesti berpengetahuan  dalam Bahasa Melayu,kelakuan baik,ingin tinggal tetap di Malaysia


 => Kewarganegaraan Secara Naturalisasi/Masukan 
- untuk warganegara asing yang ingin jadi warganegara Malaysia mesti berumur > 21 tahun, telah tinggal tetap di Malaysia selama 10 tahun,kelakuan baik,tahu berbahasa Melayu 

 => Kewarganegaraan Secara Percantuman Wilayah 
- mereka yang jadi warganegara Malaysia cara begini ialah penduduk Sabah,penduduk Sarawak,penduduk Singapura,penduduk United Kingdom dan tanah jajahannya serta pemastautin tetap di Sabah dan Sarawak 


 => Cara-Cara Penamatan Kewarganegaraan 
- secara sukarela - secara paksa 

 => Penamatan Kewarganegaraan Cara Sukarela 
- umurnya > 21 tahun - waras fikirannya 
- tidak mahu jadi warganegara Malaysia 


 => Penamatan Kewarganegaraan Cara Paksa 
- ada kerakyatan negara lain 
- untuk warganegara cara masukan dan pendaftaran shj 
- tidak setia kepada negara Malaysia 
- derhaka kepada Malaysia ketika peperangan 
- derhaka ketika berniaga - menjalankan aktiviti dengan musuh Malaysia 
- dipenjara > 12 bulan - didenda >RM5000 
- tinggal di negara lain > 5 tahun secara berterusan 
- tinggal di negara asing tetapi mendaftar dengan Pejabat konsulat Persekutuan 




 2.HAK ASASI WARGANEGARA MALAYSIA 
=> Hak Asasi Warganegara Malaysia 
- Dia tidak boleh dibunuh kecuali menurut undang-undang 
- Dia tidak boleh ditahan polis > 24 jam jika tiada perintah tahanan daripada majistret/pegawai daerah - Dia perlu diberitahu sebab-sebab dia ditangkap oleh pihak berkuasa 
- Jika dia ditangkap, dia berhak dibela oleh peguam
 - Dia tidak boleh dijadikan hamba abdi 
- Dia boleh diberi kerja paksa mengikut undang-undang 
- Dia berhak mendapat perlindungan undang-undang 
- Jika dia dibebaskan,dia tidak boleh didakwa atas kesalahan yang sama 
- Dia berhak memohon harbeas corpus jika dia ditahan secara tidak sah 
- Dia berhak menikmati kesamarataan 
- Dia tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, keturunan, tempat lahir atau jantina 
- Dia bebas bergerak di mana-mana bahagian Malaysia 
- Dia berhak bermastautin di mana-mana bahagian Malaysia 
- Dia bebas bercakap 
- Dia bebas berhimpun secara aman 
- Dia bebas menubuhkan persatuan 
- Dia bebas beragama 
- Dia bebas memiliki harta

 => Sekatan-Sekatan Terhadap Kebebasan Hak Asasi 
- Kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum sesiapa yang mengancam keselamatan negara (undang-undang subversif) 
- Kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh sesiapa yang mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan (Undang-undang Darurat) 
- Para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik (Akta Universiti dan Kolej Universiti) 
- Tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan(Akta Rahsia Rasmi) 
- Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk membangkitkan isu-isu sensitive yang boleh mengancam keselamatan negara (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan) 
- Rakyat dilarang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif, iaitu hak istimewa orang Melayu,bahasa,kuasa raja dan kewarganegaraan 
- Berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak (Hak Istimewa Sabah dan Sarawak) 



 3.BAHASA MELAYU 
=> Bahasa Melayu - Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara tetapi bahasa lain bebas digunakan



4.AGAMA ISLAM => 
Agama Islam - Agama Islam ialah agama persekutuan/agama rasmi tetapi agama lain juga bebas diamalkan 




 5.KEDUDUKAN ISTIMEWA 
 => Kedudukan Istimewa Orang Melayu 
- Hak istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan awam,biasiswa,permit,kuota,ekonomi dan pendidikan adalah di bawah YDPA tetapi kaum bukan Melayu mendapat perlindungan sewajarnya 

=> Kedudukan Istimewa Bumiputera Sabah,Sarawak - Hak istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan awam,biasiswa,permit,kuota,ekonomi dan pendidikan adalah di bawah YDPA tetapi kaum bukan Melayu mendapat perlindungan sewajarnya

No comments:

Post a Comment