song

snow effect

Friday, December 12, 2014

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN 
 => Kepentingan Perlembagaan
- Keamanan 
- perpaduan 
- kestabilan politik 
- kestabilan sosial


 => Keamanan 
- Hak yang sama kepada semua warganegara 
- Hak asasi dijamin 
- Warganegara bebas berpersatuan,beragama dan memiliki harta 


 => Perpaduan 
- Perlembagaan digubal berdasarkan kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum 
- Bahasa,agama,pemerintahan beraja,kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dipersetujui bersama 
- Agama islam ialah agama persekutuan/agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan 


 => Kestabilan politik/sosial 
- Perlembagaan menjadi panduan untuk memerintah Malaysia supaya pentadbiran cekap,jujur,adil,telus dan licin 

 => SISTEM & STRUKTUR PEMERINTAHAN MALAYSIA - YDPA- 
- Badan eksekutif-PM dan kabinet 
- Badan perundangan-parlimen 
- Badan kehakiman-mahkamah


=> SISTEM PEMERINTAHAN 
- Malaysia ialah sebuah negara persekutuan
 - Ketua negara ialah YDPA 
- Sistem pemerintahan ialah demokrasi berparlimen 
- Agama Islam ialah agama rasmi 
- Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan 
- YDPA berada di kemuncak Badan Perundangan,Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman 


=> Negara Persekutuan 
- Ialah negara yang ada pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan(kerajaan pusat) dan Kerajaan Negeri 
- Kedua-dua kerajaan mentadbir negara berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia 
- Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa pemerintahan berdasarkan Senarai Negeri, Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama 
- Kerajaan Persekutuan ada 3 peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat,kerajaan negeri dan kerajaan tempatan 


 => Demokrasi Berparlimen 
- Maksudnya pemerintahan secara perwakilan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya 
- Sistem ini berasaskan konsep Raja Berlembagaan,yakni YDPA sebagai ketua negara 
- Kuasa diagihkan antara 3 komponen utama pemerintahan iaitu Badan Perundangan,Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif 
- Kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri yang dipilih daripada parti yang mendapat majoriti dalam pilihan raya umum - Perdana Menteri menjalankan kuasa eksekutif dengan dibantu oleh kabinet atau Jemaah Menteri yang dipilih daripada kalangan ahli Parlimen/ bukan 



 => Raja Berperlembagaan 
- Ketua negara persekutuan 
- Hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas 
- Raja Permaisuri Agong menduduki tempat kedua selepas YDPA 
- Berkuasa dalam memelihara adat istiadat orang Melayu 
- Mengetuai pentadbiran agama Islam di negeri baginda 
- Ketua agama Islam di Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan 
- Kuasa pemerintahan terletak di tangan YDPA tetapi kuasa eksekutif dijalankan oleh Perdana Menteri dan kabinetnya 
- Kuasa setakat diperuntukkan oleh Perlembagaan 
- Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dengan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera 
- Mengisytiharkan darurat apabila keselamatan negara terancam 
- Memperkenankan rang undang-undang yang digubal di Parlimen sebelum menjadi undang-undang yang sah 



 => Kuasa Budibicara YDPA 
- Melantik Perdana Menteri 
- Memperkenan atau tidak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen 
- Meminta mesyuarat Raja-Raja Melayu diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan dengan kedudukan,keistimewaan dan kehormatan Raja-Raja Melayu

No comments:

Post a Comment